﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most
Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah
﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]
“Inna Alhamdulillah,
nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina
wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil
falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalah, wa
ashadu ‘anna Muhammad ﷺ
‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.”
“Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan
memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah
dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa
yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan
barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah
dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad ﷺ itu hambaNya dan RasulNya.”
Alhamdulillah, segala pujian
untuk Allah ta’ala kerana memberi saya peluang untuk berkongsi kepada anda
semua sebuah lagi kisah yang diuraikan oleh Imam Ibnu Katsir dalam kitabnya
‘Qisas al-Quran(Kisah al-Quran)’. Banyak kisah-kisah di dalam kitab ini yang
saya terjemahkan dan kongsi kepada anda semua, agar memberi manfaat dan
pengajaraan untuk kita semua dalam mengabdikan diri kepada Allah Maha Kuasa.
Dalam artikel kali ini, akan
dikisahkan pula oleh Imam Ibnu Katsir mengenai Qarun. Ramai di kalangan kita
yang menyebut ‘Harta Qarun’, namun tahukah anda siapa itu Qarun? Kisah di
sebalik tabirnya? Mari sama-sama kita ikuti kisahnya.
***
اِنَّ قٰرُوۡنَ کَانَ مِنۡ قَوْمِ مُوۡسٰی فَبَغٰی عَلَیۡہِمْ ۪ وَ اٰتَیۡنٰہُ مِنَ الْکُنُوۡزِ مَاۤ اِنَّ مَفَاتِحَہٗ لَتَنُوۡٓاُ بِالْعُصْبَۃِ اُولِی الْقُوَّۃِ ٭ اِذْ قَالَ لَہٗ قَوْمُہٗ لَا تَفْرَحْ اِنَّ اللہَ لَا یُحِبُّ الْفَرِحِیۡنَ ﴿۷۶﴾
Sesungguhnya
Qarun itu termasuk kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka, dan
Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya
sungguh berat dipikul oleh orang-orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika
kaumnya berkata kepadanya, ‘Janganlah engkau terlalu bangga. Sungguh, Allah
tidak menyukai orang-orang yang membanggakan diri.’
وَ ابْتَغِ فِیۡمَاۤ اٰتٰىکَ اللہُ الدَّارَ الْاٰخِرَۃَ وَ لَا تَنۡسَ نَصِیۡبَکَ مِنَ الدُّنْیَا وَ اَحْسِنۡ کَمَاۤ اَحْسَنَ اللہُ اِلَیۡکَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِی الْاَرْضِ ؕ اِنَّ اللہَ لَا یُحِبُّ الْمُفْسِدِیۡنَ ﴿۷۷﴾
Dan
carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah
kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah
(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang
yang berbuat kerosakan.
قَالَ اِنَّمَاۤ
اُوۡتِیۡتُہٗ عَلٰی عِلْمٍ عِنۡدِیۡ ؕ اَوَلَمْ یَعْلَمْ اَنَّ اللہَ قَدْ
اَہۡلَکَ مِنۡ قَبْلِہٖ مِنَ القُرُوۡنِ مَنْ ہُوَ اَشَدُّ مِنْہُ قُوَّۃً وَّ
اَکْثَرُ جَمْعًا ؕ وَلَا یُسْـَٔلُ عَنۡ ذُنُوۡبِہِمُ الْمُجْرِمُوۡنَ ﴿۷۸﴾
Dia
(Qarun) berkata : “Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu
yang ada padaku.” Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat
sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta?
Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka.
فَخَرَجَ عَلٰی قَوْمِہٖ فِیۡ زِیۡنَتِہٖ ؕ قَالَ الَّذِیۡنَ یُرِیۡدُوۡنَ الْحَیٰوۃَ الدُّنیَا یٰلَیۡتَ لَنَا مِثْلَ مَاۤ اُوۡتِیَ قٰرُوۡنُ ۙ اِنَّہٗ لَذُوۡحَظٍّ عَظِیۡمٍ ﴿۷۹﴾
Maka
keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dengan kemegahan. Orang-orang yang
menginginkan kehidupan dunia berkata : “Mudah-mudahan kita mempunyai harta
kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia
benar-benar beruntung besar.”
وَ قَالَ الَّذِیۡنَ اُوۡتُوا الْعِلْمَ وَیۡلَکُمْ ثَوَابُ اللہِ خَیۡرٌ لِّمَنْ اٰمَنَ وَعَمِلَ صٰلِحًا ۚ وَلَا یُلَقّٰىہَاۤ اِلَّا الصّٰبِرُوۡنَ ﴿۸۰﴾
Tetapi
orang-orang yang dianugerahi ilmu berkata : “Celakalah kamu! Ketahuilah, pahala
Allah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, dan
(pahala yang besar) itu hanya diperoleh oleh orang-orang yang sabar.”
فَخَسَفْنَا بِہٖ وَ بِدَارِہِ الْاَرْضَ ۟ فَمَا کَانَ لَہٗ مِنۡ فِئَۃٍ یَّنۡصُرُوۡنَہٗ مِنۡ دُوۡنِ اللہِ ٭ وَ مَا کَانَ مِنَ المُنۡتَصِرِیۡنَ ﴿۸۱﴾
Maka kami
benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya
satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk
orang-orang yang dapat membela diri.
وَ اَصْبَحَ الَّذِیۡنَ تَمَنَّوْا مَکَانَہٗ بِالْاَمْسِ یَقُوۡلُوۡنَ وَیۡکَاَنَّ اللہَ یَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنۡ یَّشَآءُ مِنْ عِبَادِہٖ وَ یَقْدِرُ ۚ لَوْ لَاۤ اَنۡ مَّنَّ اللہُ عَلَیۡنَا لَخَسَفَ بِنَا ؕ وَیۡکَاَنَّہٗ لَا یُفْلِحُ الْکٰفِرُوۡنَ ﴿٪۸۲﴾
Dan
orang-orang yang kemarin mengangan-angankan kedudukan (Qarun) itu berkata :
“Aduhai, benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia
kehendaki antara hamba-hamba-Nya dan membatasi (siapa yang Dia kehendaki antara
hamba-hamba-Nya). Sekiranya Allah tidak melimpahkan kurniaan-Nya kepada kita,
tentu dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya tidak akan
beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah).”
تِلْکَ الدَّارُ الْاٰخِرَۃُ نَجْعَلُہَا لِلَّذِیۡنَ لَا یُرِیۡدُوۡنَ عُلُوًّا فِی الْاَرْضِ وَلَا فَسَادًا ؕ وَالْعٰقِبَۃُ لِلْمُتَّقِیۡنَ ﴿۸۳﴾
Negeri
akhirat itu kami jadikan bagi orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak
berbuat kerosakan di bumi. Dan kesudahan yang baik itu bagi orang-orang yang
bertakwa.
Al-Quran,
Surah al-Qasas : 76-83
Ibn Abbas memegang
pendapat bahawa Qarun adalah sepupu daripada belah ayah Nabi Musa . Pendapat ini disokong juga oleh
periwayat-periwayat yang lain, termasuk Ibn Juraij yang menambahkan pendapat
bahawa dia adalah Qarun Ibn Yashar Ibn Qahith, sementara Nabi Musa merupakan anak lelaki Imran Ibn
Hafith. Ibn Juraij meneruskan dan menyatakan bahawa pendapat Ibn Ishaq bahawa
Qarun adalah pakcik kepada Nabi Musa adalah
pendapat yang salah.
Qatadah berkata
bahawa dia (Qarun) dahulunya digelar sebagai ‘An-Nur(Cahaya)’ kerana dia
mempunyai suara yang amat merdu dalam membacakan Taurat, tetapi dia menjadi
hipokrit seperti as-Samiri yang menjadi hipokrit juga. Maka, Qarun dimusnahkan
kerana penyalahgunaannya terhadap kekayaan dan kemewahan yang dimiliki.
Shahr Ibn Hausab berkata
bahawa Qarun itu menyeret jubah yang dipakainya dengan kebanggaan dan
kesombongan(angkuh).
Allah Maha Kuasa
menyatakan kekayaan dan kemewahan yang
tidak ternilai dimiliki oleh Qarun bahkan kunci-kunci hartanya sangatlah berat
dan hanya dipikul oleh orang-orang yang kuat.
Bagaimanapun, dia telah
ditegur oleh orang-orang yang beriman dari kalangan kaumnya yang berkata : {Janganlah
engkau terlalu bangga.}, yakni, janganlah engkau sombong dan angkuh
dengan kekayaan, dan lansung tidak bersyukur kepada Allah Maha Kuasa. {Sungguh,
Allah tidak menyukai orang-orang yang membanggakan diri. Dan carilah (pahala)
negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi
janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia } yakni, Ambillah dari hartamu
apa yang halal darinya dan bersukalah olehmu akan dunia ini seperti mana yang
dibenarkan. {…dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah
telah berbuat baik kepadamu} yakni, berbuat baiklah kepada makhluk Allah
bahawa Dia telah berbuat baik kepada kamu, dan {dan janganlah kamu berbuat
kerosakan di bumi.} yakni, janganlah kamu mencederakan orang-orang
bawahanmu yang telah diperintahkan agar kamu berbuat baik, jika kamu
mencederakan mereka, maka Dia akan menarik balik segala nikmat yang dikurniakan
ke atas kamu. {Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang membanggakan
diri.}.
Jawaban Qarun kepada nasihat-nasihat
ini tidak lain hanyalah : {Dia (Qarun) berkata : Sesungguhnya aku diberi
(harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku.} yakni, aku tidak
perlukan nasihat dan kata-kata kalian, kerana Allah mengurniakan ini kepadaku
kerana aku berhak dan aku layak untuk menerimanya. Tambahan, jika bukan kerana
Dia tidak mencintaiku, maka Dia tidak akan mengurniakan semua ini kepadaku.
Allah Maha Kuasa menyangkal
percakapannya itu dengan berfirman : {Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah
membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak
mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya
tentang dosa-dosa mereka(kerana Allah kenal mereka, maka mereka akan diseksa
tanpa dipanggil kelak).} yakni, Kami telah memusnahkan sebelum mereka
generasi-generasi yang disebabkan oleh dosa dan amalan buruk mereka dan mereka
itu lebih kuat daripada Qarun bahkan mempunyai lebih ramai anak daripadanya.
Maka, jika benar kata Qarun itu, nescaya Kami tidak memusnahkan mereka-mereka
yang lebih kaya dan kuat daripadanya itu, dan kekayaan itu sesungguhnya
bukanlah sebuah ukuran kasih sayang Kami kepadanya.
Allah Maha Kuasa berfirman di dalam
Surah Saba ayat 37 :
وَمَاۤ اَمْوٰلُکُمْ وَ لَاۤ اَوْلٰدُکُمۡ بِالَّتِیۡ تُقَرِّبُکُمْ
عِنۡدَنَا زُلْفٰۤی اِلَّا مَنْ اٰمَنَ وَ عَمِلَ صٰلِحًا ۫ فَاُولٰٓئِکَ لَہُمْ
جَزَآءُ الضِّعْفِ بِمَا عَمِلُوۡا وَ ہُمْ فِی الْغُرُفٰتِ اٰمِنُوۡنَ ﴿۳۷﴾
Dan
bukanlah harta dan anak-anakmu yang mendekatkan kamu kepada Kami; melainkan
orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itulah yang
memperoleh balasan yang berlipat ganda atas apa yang mereka kerjakan; dan
mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga).
Allah Maha Bijaksana juga
berfirman dalam Surah Al-Mukminun ayat 55 – 56.
اَیَحْسَبُوۡنَ اَنَّمَا نُمِدُّہُمۡ بِہٖ مِنۡ مَّالٍ وَّ بَنِیۡنَ ﴿ۙ۵۵﴾ نُسَارِعُ لَہُمْ فِی الْخَیۡرٰتِ ؕ بَلۡ لَّا یَشْعُرُوۡنَ ﴿۵۶﴾
Apakah
mereka mengira bahawa Kami memberikan harta dan anak-anak kepada mereka itu
(bererti bahawa), Kami segera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka?
(Tidak), tetapi mereka tidak menyedarinya.
Jawapan Allah azza wa
jalla ini adalah untuk pernyataan Qarun {
Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku.}.
Tetapi bagi sesiapa yang menyatakan bahawa dirinya
adalah seorang ahli kimia dan orang yang paling kenal kesemua Nama-Nama Allah,
semua ini hanyalah pernyataan. Kerana ahli kimia tidak mampu mengubah nasib dan
orang kafir juga mampu kenal Nama-Nama Allah. Dan Qarun pula, adalah seorang hipokrit.
Allah Maha Kuasa berfirman
seterusnya : { Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya
dengan kemegahan }, kebanyakan ahli tafsir menyatakan bahawa Qarun keluar
dengan pakaian, harta dan menunggang kenderaan(menunjukkan kemegahannya). {
Orang-orang yang menginginkan kehidupan dunia berkata : “Mudah-mudahan kita
mempunyai harta kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun,
sesungguhnya dia benar-benar beruntung besar.} yakni,
sesiapa yang mencintai dunia, apabila melihat Qarun, mereka akan berkata :
‘Alangkah banyaknya kekayaan yang dimilikinya!’ Apabila pujian orang yang
cintakan dunia ini sampai kepada hamba Allah yang beriman, mereka berkata : {Tetapi
orang-orang yang dianugerahi ilmu berkata : “Celakalah kamu! Ketahuilah, pahala
Allah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, }, yakni : Ganjaran Allah di
Hari Kebangkitan lebih tinggi dan mulia daripada apa yang kamu (Qarun) dapat
sekarang.
Allah Maha Perkasa
kemudian berfirman : { dan (pahala yang besar) itu hanya diperoleh
oleh orang-orang yang sabar.}, yakni,
ganjaran ini hanya diperoleh untuk orang-orang yang diberikan hidayah oleh-Nya.
Dan Allah Maha Berkuasa
berfirman lagi : {Maka kami benamkan dia (Qarun) bersama
rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan
menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang-orang yang dapat membela
diri.}, apabila Qarun itu keluar kepada kaumnya dengan kemegahan, Allah
kemudian berfirman : {Maka kami
benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi.}
Diriwayatkan
oleh Imam Bukhari , bahawa Rasulullah ﷺ
bersabda :
“Ketika seorang lelaki sedang berjalan, memakai jubah dua helai dan bangga dengan dirinya yang rambutnya tersikat rapi, maka Allah membenamkannya ke dalam perut bumi dan dia akan terus dibenamkan ke dalamnya(iaitu akan terus menerus terbenam lebih dalam ke bumi) sehinggalah Hari Kiamat.”
Diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa Qarun mengupah
seorang wanita pelacur dengan ganjaran yang banyak untuk bercakap kepada Nabi
Musa
ketika baginda bersama-sama sahabatnya bahawa baginda melakukan maksiat terhadapnya. Dinyatakan bahawa wanita
tersebut melakukan arahan yang disuruh oleh Qarun, dan Nabi Musa
terperanjat mendengarnya kemudian baginda melaksanakan solat sunat dua raka’at
dan seterusnya berkata kepada wanita tersebut : Demi Allah! Siapa yang mengupah
kamu untuk menyatakan seperti tersebut? Dia menyatakan bahawa Qarun menyuruhnya
bertindak kemudian, setelah itu, wanita itu terus bertaubat. Justeru, baginda
solat kepada Allah dan berdoa untuk Qarun. Allah memberi hidayah bahawa bumi
itu diperintahkan untuk mengikut perintah baginda. Maka, baginda mengarahkan
agar bumi menelan Qarun. Maka terjadilah. Wallahu alam.
Diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa Qarun itu dibenamkan, sehinggalah ke
lapisan bumi yang ke tujuh. Qatadah pula meriwayatkan bahawa Qarun akan terus-menerus
dibenamkan sehinggalah Hari Kiamat.
Allah Maha Kuasa berfirman pula : {
Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah,
dan dia tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.}, yakni, Qarun tidak dapat
membantu dirinya sendiri atau mendapatkan bantuan orang lain. Allah menyatakan
dalam surah At-Toriq ayat 10 yang bermaksud : {Kemudian dia tidak mempunyai kuasa mahupun penolong}
Mereka yang ternampak
Qarun yang tenggelam bersama harta dan kekuasaannya itu, mereka yang sebelumnya
menginginkan kemewahan seperti Qarun itu berkata : {“Aduhai, benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa
yang Dia kehendaki antara hamba-hamba-Nya dan membatasi (siapa yang Dia
kehendaki antara hamba-hamba-Nya). Sekiranya Allah tidak melimpahkan kurniaan-Nya
kepada kita, tentu dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya
tidak akan beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah).”}
sumber : http://akucintakanislam.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar